TheArtOfSeduction

TheArtOfSeduction

Friday, June 10, 2016

Kembali

Assalammualaikum.

Wow, terasa lama sangat sangat aku tak menulis dalam kolum eloktronik ni. Banyak sangat benda yang mendatang dan pergi since aku dah stop menulis, alah lagi pun bukan menarik dan bagus pun penulisan aku. banyak syok sendiri dan banyak merapu jer. 

Ahhh.. alhamdulillah, sekarang (10 Jun 2016), umat islam sedang menjalani ibadah puasa yang ke 5. Alhamdulillah, masih cool berpuasa tanpa sebarang masalah. Mujurlah, Blog ni link dengan email aku, kalau tak mampus aku tak ingat kata laluannya. Sebenarnyan aku buka blog ni, nak buat ruangan dan berkongsi perjalanan aku semasa aku pergi berjalan mengambil gambar. Terfikir nak buat blog baru, tapi baik aku teruskan blog yang entah apa apa entah ni.. Malas nak buat blog baru ehhh... 

Okeh, aku nak kongsi kalau buleh setiap perjalanan aku dalam kolum elektronik ni, kalau buleh semua nak recall balik info, momen, pengalaman bergambar sambil menikmati alam, budaya, genre, arkitektural yang aku pergi. Semuanya domestik jer buat masa ni. tiada lagi berjalan ke luar negara. Insya'Allah kalau tiada aral melintang, aku nak join bulan Oktober ni ke Nepal, kalau tiada gangguan dari segi kesihatan, kerja, poket, sosial aku. Harap-haraplah, pasalnya memang dah lama aku nak masuk negara tu, tengok sendiri dengan kehidupan diorang ni. Aku Google Nepal ni banyak tempat menarik. Okeh, hal Nepal ni nantilah aku sembang, aku nak kongsi tempat yang aku pergi secara backpaker dengan member aku Keyon, dan lokasi kami yang pertama di Penang, pulau mutiara.